Sunday, February 21, 2010

Unsur Formalistik Dan Ikonografi

Dalam menghayati sesebuah karya seni dua elemen iaitu "formalistik" dan "ikonografi" ataupun konsep yang lebih mudah disebut yakni "bentuk" dan "isi" yang juga kebiasaannya dikenali sebagai "aturan dan makna"(Mulyadi Mahmood,1993). Kedua-duanya saling bersatu bagi membentuk sesebuah karya seni dan ianya saling menyokong.Contohnya pada seni catan, ciri-ciri formalistik aturan merangkumi elemen-elemen warna,ton, bentuk, rupa, perspektif, ruang, satah, garisan, rentak,pergerakan,jalinan, isipadu,komposisi,sapuan berus, cahaya bayang dan sebagainya.Keupayaan menganalisa atau mengenali ciri-ciri formalistik ini akan mendekatkan kita pada persoalan ikonografi atau makna sesebuah karya.Persoalan-persoalan biasanya berkisar pada bidang kesusasteraan, sosiologi,teologi,politik,psikologi, estetika, sejarah,kepercayaan dan seumpamanya(sekadar mengkelas beberapa bidang ilmu).Ciri-ciri formalistik sedapat mungkin membuka ruang kefahaman di tahap ikonografi atau makna dalam sesebuah karya. Pemahaman terhadap aspek-aspek formalistik ini amat perlu dalam usaha kita mengenal, memahami dan menghasilkan karya seni

No comments:

Post a Comment