Thursday, February 4, 2010

Masih dalam dilema

Meskipun dah hampir pertengahan cuti sementer pertama pengajian sarjana ini, aku masih lagi rasa terkial-kial, ibarat ikan tenggelam timbul mencari ruang bernafas di takungan air yang sedikit. Kuliah aku hadiri seperti biasa je, bulat mata dan bulat hati penuh iktikad mendengar ceramah prof. tetapi dek kerana karat pada otak yang masih lekat, lambatlah sikit nak terima maklumat yang disampaikan. Kalu ukur umuk aku dak lah tua sangat tapi kerana mungkin otakni dah fokus sangat dengan sawit dan lintah kat kpg tu maka nak tukar chanel pg kpd dunia akademik ni jadi berat si2kitlah. Baru kelmarin balik kpg....jumpa isteri n anak-anak...fuh seronok betul bersama-sama mereka. Tak terasa hampir 2 minggu kat kpg rasa cepat je berlalu...n sekarang kembali semula menatap komputer dan buku-buku. Apo boleh buat beb, bukan orang lain suruh sendiri mau...sendiri tanggunglah. Alah orang lain boleh lepas takkan u tak boleh!

No comments:

Post a Comment